13 Jan 2011

keluh kesah..........



Jam yang tergantung di dinding kamarku sudah menunjukkan angka jam 12 malam… ya jam 12 lebih.. tepatnya jam 12.02 malam..di Malaysia pasti jam 1.02.. mata tak mengantuk lagi. Masih celik layaknya mata disiang hari.. mungkin kerana aku sendiri sudah terbiasa tidur lewat.. Atau mungkin juga effect kafein dari segelas kopi kapal api yang aku hirup petang tadi masih ligat beraksi mengaktifkan neuron-neuron diotakku sehingga aku masih segar sehingga sekarang..

Malam ini begitu hening…. Ya terasa hening sekali… suara orang-orang yang menjajakan nasi goreng maupun sate sudah tidak kedengaran… senyap sunyi. Kalau malam-malam sebelum ini hujan turun untuk menemani, tapi malam ini tidak… tenang.. hanya suara kicau burung yang sesekali kedengaran. Tapi ketenangan malam langsung tidak dapat menenangkan hatiku. Keheningan malam langsung tidak dapat menceriakan sanubariku… entah kenapa..sejak beberapa hari ini ketenangan hati dan pikiranku telah direnggut.. yang ada hanya perasaan kosong dan sepi bercampur aduk dengan gelisah dan keliru…

Aku rindukan rumah??? Rindukan keluarga??? Rindukan kawan-kawan lama???.... atau mungkin aku stress dengan jadual kuliah yang padat??.. atau sebab result yang aku terima baru-baru ini sangat teruk… huhuhuu.. banyak persoalan yang aku sendiri tidak dapat menjawabnya.. kusut.. sangat kusut.. belajar pun tak dapat fokus.. kuliah dari jam 7.30 pagi hingga jam 4.00 petang aku rasakan bosan.. sangat bosan... kalau ikutkan hati mau saja aku melarikan diri seketika dari kesibukan ini… yaa.. aku mau lariii… tapi apakan daya.. tanggungjawab sebagai student harus aku lunasi.. elaun MARA yang aku gunakan sehari-hari harus aku bayar dengan belajar untuk dapat keputusan cemerlang… tapi aku tertekannn… hohohohho…………….

Pernah aku menyesal kerana memilih jurusan perubatan ini… menyesal… Ya Allah maafkan aku kerana menjadi hambamu yang tak bersyukur… aku tahu ini adalah jalan terbaik yang engkau tunjukkan kepadaku…huhuhuh…. Dulu sebelum melangkah ke bumi jakarta ini aku sempat menjadi mahasiswa Universiti Sains Malaysia… jurusan Sains dengan pendidikan…. Ya.. menjadi guru merupakan salah satu cita-citaku selain menjadi doktor… sempat juga kuliah beberapa minggu… seronok.. memang seronok kehidupan universiti di Malaysia… disini… huh.. macam pelajar sekolah menengah….tak banyak berbeza.. tapi ya sudahlah.. ini jalan yang aku pilih… aku mesti meneruskan perjuangan… semangatttt….

Kawan-kawanku yang sudah tahun akhir… semoga kamu semua berjaya.. tak lama lagi aku akan melihat kamu mendapatkan segulung ijazah… yup… aku jelous… sangat jelous…huhuhu…. Ada yang sedang sibuk dengan final year project… aku..hahahaha…. masih terkapai-kapai… kuliahku masih berbaki beberapa semester untuk menghabiskan belajar teori… kemudian akan menjalani clinical di sini.. lamaaaaaaaaa…… masih bgitu jauhhhhh…… huhuhu…. Ya Allah kuatkan aku……

5 comments:

  1. incik! b strong
    kau kan hebat & juara. hehe
    brapa tahun lagi abis?

    ReplyDelete
  2. jadi cekgu, tolong budak jadi pandai. jadi duktur, tolong orang kasi baik dari penyakit. sabar-sabar seja la. masa itu akan berlalu dengan cepat, pastu ko grad suda tu jadi duktur.

    :D

    ReplyDelete
  3. tqa & vale : tq2.... semangat ak baca komen kamu pagi2 ni.. :)... ak masih ada 3 tahun lagi bru habis..hohohooh... gud luck utk mau berdua jugak =)

    ReplyDelete
  4. insyaAllah, you'll find your way

    ReplyDelete