Showing posts with label Puitis. Show all posts
Showing posts with label Puitis. Show all posts

14 Jan 2011

oh dunia...

Dunia…. Oh dunia….

Kau berjaya melekakan hamba-hamba Allah…

Kau berjaya menghanyutkan iman manusia…

Kau berjaya mengalpakan hati mereka…

Sehingga terlupa untuk bersyukur dengan kurnia-Nya…

Sombong dan mendabik dada…

Lupa berpijak dibumi yang nyata..


Dunia .. oh dunia..

Nikmatmu memang begitu indah rupanya..

Hartamu membuat orang tergila-gila..

Pangkat dan jawatan dikejar sentiasa..

sanggup berbuat apa saja demi mendapatkannya,..

Sehingga terlupa akhirat disana…

Tak peduli lagi dosa dan balasannya..


Apa kita lupa…

Atau sengaja berbuat lupa…

Kereta dan rumah hanya sementara…

Harta dan wang ringggit tak kan sampai kemana..

Iman dan taqwa jugalah bekalan paling sempurna

Bekalan mengiringi bertemu sang pencipta..

Bekalan yang dibawa bersama kain kafan nantinya..

Bekalan yang melindungi dari seksa api neraka……

10 Jan 2011

sahabat.. teman.. & kawan...

sahabat....
teman...
kawan....
sayangilah mereka...

sahabat itu anugerah..
anugerah yang tak ternilai harganya..
rugi kalau tak dijaga..
kerana penggantinya tak akan ada yang sama..
tak akan ada duanya...

teman suka, teman duka...
teman menangis, teman ketawa...
takkan pernah membiarkanmu bersendirian...
sentiasa menghulur tangan..
selalu menawar bantuan..
senyum diwajahmu mereka yang ukir..
tawa dibibirmu mereka yang lukis...
butir airmatamu mereka yang hapus....

kata orang..
banyak kawan waktu senang saja..
sukar berjumpa yang rela susah bersama..
tak kurang yang ambil kesempatan semata...
tapi semua itu jangan terlalu dikira..
tiap orang punya sifat berbeza..
tiap orang punya peribadi uniknya..
mau atau tidak harus kita terima..
terima dengan ikhlas dan hati terbuka...
walau rambut sama kerintingnya...
hati yang serupa takkan berjumpa..



sekadar hiasan : kenangan di jogjakarta