30 Jan 2011

taik idung dan hinguss....

korek idung... buang ingus..........hohohoh...........
2 benda yg memang enak... sedap... mantap.. dan mengasyikkan...... apalagi kalau time2 idung rasa gatal2....enakkkk sekali........

kenapa aku buat entry ni......hohoho.. sebab ak x puas hati dgn orang2 yang suka suki hati dia korek idung merata-rata tempat....... hasissshhhhhhhhh..... kalau ak tengok orang mcm ni ketidakselesaan melanda diriku... rasa geli pun ada.. apa lagi kalau tengah makan........... uwekkkkkk...


ak x kesah pun ko korek idung.... aku pun suka gak...korek la seberapa kerap yg korang suka... tapi agak2 lah wei...... semalam kejadian.. time ak makan ngan kawan2... tp ak sorang lah yg tengok.....x bagi taw yg lain...hehe.... memang menghilangkan selera makan la...korek idung sedalam-dalamnya pastu tengok sepuas-puasnya.. di ujung jari di uli pulak menjadi adunan bulat2 mcm mau buat kiuh.........muka pun begitu menikmati... hohohoh.....

time duduk borak2 pun selalu gak orang buat benda ni...gelak2 buat lawak sambil korek idung.. awwwwwww...... mulut ak ketawa dengar dia buat lawak.. tapi ketiak jadi geli tengok orng macm ni....... mungkin anda-anda ada yg x kesah... benda remeh mcm ni.. tp masalahnya ak kesah..haha..


lagi satu.. kalau buang ingus tu buang la pelan2... jangan bagi bunyi semua orang dengar... contohnya time kuliah.... tengah2 syok2 dengar lecture ada la bunyi2 budak buang hingus.. bunyi pelan2 sudehhhh.. ni satu lect hall dengar..hohoho... taw lah bersemangat tapi agak2 la wei... kalau bunyi pelan2 ak x kesah pun.. memang normal la.. dari ko simpan dalam idung lama2.. naik turun naik turun.. baik ko buang kan... ko pun letih tarik menarik ngan hingus... tapi kontrol la sikit semangat ko tu... volume slowkan sikit..

lagi satu kalau buang ingus ngan tisu jangan lah tinggal merata wei... pandai guna pandai lah buang... ni main tinggal atas kerusi dengan selumber yayaya..... selalu aku jumpa tissue2 mcm ni.. ..... kalau warna hijau pucuk pisang yang kekuning-kuningan dia kental lagi lah terasa 'kick"...haishhhh...

jadi kesimpunlannya korek lah idung dan buanglah ingus seberapa kerap yang anda inginkan... tapi sebelum anda melakukannya buat pertimbangan waktu dan tempatnya... tq........

~~ x suka bila rasa mau bersin tapi x jadi..........~~

26 Jan 2011

the pregnant man

image


Thomas Beatie gained worldwide attention two years ago when he became the first known man to give birth. Now Beatie and his wife, Nancy – who have a daughter and a son – are expecting babyBeatie, born a woman, underwent a sex-change operation but kept his reproductive organs. He made headlines in 2007 after pictures of his pregnant belly became public. Nancy is unable to have children because of a hysterectomy.






24 Jan 2011

stay up!!!!



esok ada exam.... banyak nih yg x baca lagi... banyak x cover lagi... malam ni x payah tidur la.. pas tu minum nescafe/kopi bergelas gelas dan bercawan-cawan untuk menghilangkan rasa ngantuk...anda pernah melakukan ini????....hehe.. kebanyakan pernah.. apalagi student2 universiti... tremasuk aku. aku pun suka study last minute ni...hehe... time free x mau study.. bila esok exam malamnya baru rush.. kelam kabut....hoho..




tapi pernah x kejadian macm ni .. study sampai pagi.. mata jadi mcm panda.. last2 x dapat jawab exam... tengok soalan jadi blank seketika.. dalam hati " ishhh aku ada baca td ni... apasal lupa plak.. baru subuh tadi aku baca"... hehe... yup kalau jadi macm ni memang stress... dah baca tapi lupa... tengok soalan x boleh buat... rugi x tidur 1 malam....hoho...

tau x ??.. tidur tu penting..... bukan saja penting utk rehat sambil menikmati mimpi indah menari dipadang pasir bersama kajol.. tapi tidur juga penting untuk menguatkan memori. memori jangka pendek vs memori jangka panjang... atau orang kampung aku cakap short term memory dengan long term memory. time kita sedang tidur.. memori jangka pendek yang kita dapat waktu membaca notes/buku akan ditukarkan ke memory jangka panjang. jadi memori yang kita boleh ingat 1-2 jam then hilang akan disimpan lebih lama di dalam kepala hotak kita sewaktu tidur. jadi kita x mudah lupa apa yg kita baca.... so ini tips utk aku dan semua.. time malam exam dapatkan tidur secukupnya.. jadi esoknya fresh dan dapat menjawab dengan jayanya.. tapi kena lah study awal2..hehehe..

~exam petang tadi tersangat susah bagi aku... tp kawan2 aku cakap senang..haishhhh :( ...~~

21 Jan 2011

tukar gender...

lelaki???.. wanita??? pondan???.. inilah ratu pondan Thai..

lelaki mau jadi wanita, dan wanita mau jadi lelaki.... hohoh... apa mau jadi!???

GENDER IDENTITY
gender identity adalah persepsi atau kesedaran diri individu tentang dirinya sebagai lelaki atau perempuan. pembentukan gender identity ini sangat penting untuk perkembangan sex dan sikap sesuai gender seseorang.

GENDER ROLE
perilaku lelaki atau perempuan yang ditampilkan individu sesuai dengan gender yang dirasakan pada dirinya. jadi bila dia lelaki tapi merasakan dirinya wanita.. dia akan berperilaku seperti wanita dan begitu juga sebaliknya.

menurut money dan Ehrhardt (1974): gender identity sangat ditentukan dan dipengaruhi oleh bagaimana pengasuhan dan didikan seseorang tanpa mengambil kira gender sebenar seseorang. sebagai contoh pasangan suami isteri yang sangat menginginkan anak perempuan tapi mendapat anak lelaki. anak tersebut dibesarkan seperti anak perempuan termasuk dari segi pakaian. akhirnya akan terbentuk gender identity yang salah pada anak lelaki tersebut dan akhirnya akan bersifat (gender role) kewanitaan atau kepondanan... apabila identity gender ini sudah terbentuk, sangat sukar untuk diubah kembali.

TRANS SEKSUALISME
transeksualisme adalah perasaan individu untuk menjadi yang lain dari gender sebenarnya. lelaki mau jadi wanita dan wanita mau jadi lelaki. Transeksualisme inilah yang mendorong mereka melakukan pembedahan atau terapi hormon untuk menukar jantina.

TRANSVERTISME :
berbeza dengan transeksualisme, pada transvertisme seorang individu mahu menonjolkan diri dengan memakai pakain lawan jantina. lelaki berpakaian wanita dan wanita berpakaian lelaki. individu dalam kumpulan ini tidak terdorong untuk melakukan penukaran jantina. cukup dengan memakai pakaian yang berlainan sudah merasakan kepuasan.


jangan memperlakukan/mendidik anak anda yang lelaki seperti wanita dan wanita seperti lelaki. apalagi memakaikan pakaian yang berlawanan jantina. iyanya akan mempengaruhi pembentukan gender identity anak anda bila meningkat dewasa nanti... hal-hal inilah permulaan terbentuknya sifat homoseks, lesbian, dan rasa ingin menukar jantina....

peacee....hehe

~~ x da kerja lain hapdate status facebook tiap 5 minit.. hfttttt...~~

18 Jan 2011

paling ter"canggih"

zaman makin maju.. teknologi pun makin canggih.... banyak benda-benda yg dulu aku gunakan sudah tak digunakan lagi skg..hehe... tapi kalu fikir2 benda2 ni lah yg aku jadikan hiburan time masa muda-mudi dulu.. mungkin time tu benda2 macm ni kira sudah cukup canggih...hehe...

walkman :

besarnya walkman ni... kalau masuk poket seluar penuh...hehe... tapi dulu kalau korang punya benda ni mesti ada rasa bangga..haha... apalagi kalau jenama sony... bangga tunjuk dengan kawan-kawan kat hostel.. tapi kalau jenama sonia atau sunny,ada jugak yang sembunyi-sembunyi...hehe.. benda ni lah yg selalu teman aku time study malam2 di hostel time sekolah menengah... tapi yang aku ingt terakhir aku beli walkman ni time form 4.. x sampai setahun aku guna hilang kena curi.. lepas tu x beli lagi...


game

pernah main x game macm ni???... haha...time kecik2 sekolah rendah hari-hari aku main.. memang best..game pebret aku time tu super mario, king of fighter, dan tetris... seronok lawan ngan abang-abangaku.. lepas tu kalau kalah gaduh... aku jugak yg nangis...hehe... ada lg x yang main benda ni???..haha.. mesti x ada.. skg semua main ps3...


handset..

nokia 3310... bangga aku dulu ada handset macm ni... mahal time tu...hahaha... berat.. besar pulak tu.. kalau baling atas lantai pun x pecah..hohoh... ni lah enset aku yg pertama.. ada lagi aku tinggal di kampung.... x kan mau bawak pg jakarta kot..haha... no 1st aku 0108931139.. no celcome.. kejap saja aku hafal no ni.. sampai skg masih ingt... skg nset ni boleh simpan di muzium... semua pakai yg canggih2 skg.. budak2 sekolah rendah pun pakai black berry.. iphone 4..hehe


benda2 mcm ni memang banyak kenangan manis ngan aku.....walaupun banyak yg lebih canggih skg tapi aku x akan pernah melupakan ini semua... kerana dengan benda-benda yang tak canggih inilah aku membesar dan belajar tentang teknologi..

~~ pg tadi terescape kelas sebab terlambat membangunkan diri..hoo ~~

17 Jan 2011

kuchengggggg.....



mungkin ada yang sudah melihat video ini. dan ada juga yg belum...
betapa biadap dan kurang ajarnya makhluk ini terhadap binatang... kucing pun ada hak untuk hidup..hohoho.... sanggup.. sampai hati... tak berperikemanusiaan...
ak walaupun tak suka sangat dengan kucing.. tapi tak pernah terfikir untuk mencederakan apalagi membunuh... kucing pun ada perasaan.. ada otak.. yang kurang tak ada akal saja.. manusia yang ada akal tapi nampaknya tak menggunakan akal tersebut tak lebih mulia dari binatang... malah mungkin lebih hina.....hohoho....

ingatlah di hari kiamat nanti mulut-mulut kamu akan dikunci.. tangan dan kaki kamulah yang akan berbicara dan menjadi saksi apa yang telah kamu perbuat.........


yang atas ni gambar salah seekor kucing yg ada di rumah sewa aku... kawan aku punya... hehe..


15 Jan 2011

Harta atau nyawa!!!!!


nampaknya kejadian kecurian dan peras ugut terhadap pelajar malaysia di jakarta semakin menjadi-jadian sejak dua tiga empat menjak ini..... pencuri!!!!!...malingg!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!...... kejadian kemalingan seumpama ini sebenarnya telah kerap kali berlaku dan telah menjadi trend para maling2 disini untuk menjadikan "anak malay" sebagai mangsa kerakusan nafsu maling mereka.. dari curi basikal, dompet, enpon, ipod, laptop, sampailah duit-duit dalam ATM pun kena kebas oleh maling2 sialan ini... x masuk lagi kes2 pukau memukau yang menyebabkan student Malaysia yang terpukau kehilangan duit berjuta-juta rupiah... rupiah kalu juta banyak tuuu...hohoho.. dlm ni aku sertakan laporan beberapa kes kemalingan yang dibuat oleh Biro kebajiakan Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Di Indonesia Cawangan Jakarta (PKPMICJ).. yg ni kes kat uni aku saja (yg buat laporan.. yg senyap2 pun ada) .. uni lain x masuk lagi....

LAPORAN KEBAJIKAN UKRIDA
PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR-PELAJAR MALAYSIA DI INDONESIA
CAWANGAN JAKARTA
(PKPMI-CJ)


Mangsa : Seorang Pelajar Perempuan, UKRIDA, Angkatan 2009
Masa : ± 0900 WIB
Tarikh : 30 Jun 2010
Tempat : Rumah Pelajar, Komplek Pengairan, Tanjung Duren Selatan
Kejadian :
Lelaki tidak dikenali meminta untuk berjumpa dengan pelajar. Lelaki tersebut mengetahui nama pelajar. Pembantu rumah meminta untuk orang tersebut tunggu dihadapan pagar rumah kerana pelajar sedang di bilik air. Kebetulan datang orang Aqua untuk menghantar ke rumah pelajar tersebut. Tanpa disedari, lelaki tidak dikenali tadi masuk ke dalam bilik pelajar tadi dan mengambil barang berharga. Pelajar terserampak dengan lelaki tersebut dan menjerit. Pembantu rumah mendengar-cuba menghalang lelaki tadi tetapi dicederakan dengan pisau (cedera pada tangan). Lelaki tesebut melarikan diri dengan seorang lagi rakannya dengan menunggang motorsikal. Pelajar tidak mengalami kecederaan, tetapi kehilangan telefon bimbit, duit dan laptop.


Mangsa : Seorang Pelajar Perempuan, UKRIDA, Angkatan 2008
Masa : ± 1700 WIB
Tarikh : 04 Disember 2010
Tempat : Rumah Pelajar, Tanjung Duren Selatan
Kejadian :
Pelajar seorang diri di rumah. Ibu kost/tuan rumah di tingkat bawah waktu itu kurang pasti ada atau tidak. Pelajar duduk di ruang tamu, tiba-tiba ada orang hadir dipintu rumah; katanya mahu melihat bilik kost untuk adiknya. Lelaki tersebut masuk dan melihat bilik, kebetulan seorang lagi lelaki masuk. Lelaki tersebut melihat-lihat bilik kosong, kemudian langsung pulang. Selepas itu baru pelajar sedar Ipod dan telefon bimbit kepunyaannya hilang.


Mangsa : Seorang Pelajar Perempuan, UKRIDA, Angkatan 2008
Masa : ± 1900 WIB
Tarikh : 27 November 2010
Tempat : Jalan pinggir tol, Pasaraya Tomang Tol, Tanjung Duren Selatan
Kejadian :
Pelajar menunggu taksi bersama rakan-rakan, sambil memegang telefon bimbit. Tiba-tiba datang sebuah motor meragut telefon bimbit. Pelajar tidak mengalami kecederaan.


Mangsa : Seorang Pelajar Perempuan, UKRIDA, Angkatan 2008
Masa : ± 1400 WIB
Tarikh : 19 Disember 2010
Tempat : Tanah Abang
Kejadian :
Pelajar ke Tanah Abang untuk membeli barang. Ketika mahu membayar, pelajar baru menyedari dompet yang terdapat dalam tasnya hilang. Tiada kesan torehan pada beg. Kejadian segera dilaporkan pada polisi dan satpam.


Mangsa : Seorang Pelajar Perempuan, UKRIDA, Angkatan 2009
Masa : ± 1500 WIB
Tarikh : 08 Januari 2011
Tempat : Tanjung Duren Selatan
Kejadian :
Pelajar pulang dari kampus menaiki Angkot. Ketika berjalan untuk pulang ke rumah (±200 meter), seorang penunggang motorsikal cuba meragut beg kuliah pelajar. Pelajar berjaya menyelamatkan diri dan begnya. Penjenayah gagal meragut beg pelajar.


Mangsa : Dua Pelajar Lelaki, UKRIDA, Angkatan 2010
Masa : ± 1200 WIB
Tarikh : 12 Januari 2011
Tempat : Berdekatan SD Santa Monica, Tanjung Duren Selatan
Kejadian :
Seorang pelajar pulang dari kampus, dipanggil oleh beberapa orang di dalam Taksi. Diminta (dengan paksaan) masuk ke dalam Taksi. Disoal siasat berhubung kes kehilangan barang anak kepada majikan orang tersebut. Terdapat empat orang lelaki di dalam taksi termasuk supir/pemandu. Diminta untuk menghubungi rakannya, untuk memeriksa laptop kepunyaan pelajar tersebut. Rakan datang membawa laptop, dan dipaksa masuk ke dalam taksi. Mereka dibawa ke kawasan berdekatan RS Siloam, disoal siasat dan di peras ugut untuk memberi kad ATM (termasuk nombor pin), telefon bimbit, wang dan laptop. Pelajar ditinggalkan ditepi jalan. Tiada kecederaan berlaku pada pelajar. Laporan polis telah dibuat pada 14 Januari 2011.


Mangsa : Seorang Pelajar Lelaki, UKRIDA, Angkatan 2008
Masa : ± 2200 WIB
Tarikh : 12 Januari 2011
Tempat : Mall Taman Anggrek
Kejadian :
Pelajar berjalan di jalan hadapan Mall Taman Anggrek. Tiba-tiba begnya diragut oleh penjenayah bermotorsikal. Pelajar kehilangan dompet dan isi didalamnya. Tiada kecederaan berlaku pada pelajar.

Never....



14 Jan 2011

oh dunia...

Dunia…. Oh dunia….

Kau berjaya melekakan hamba-hamba Allah…

Kau berjaya menghanyutkan iman manusia…

Kau berjaya mengalpakan hati mereka…

Sehingga terlupa untuk bersyukur dengan kurnia-Nya…

Sombong dan mendabik dada…

Lupa berpijak dibumi yang nyata..


Dunia .. oh dunia..

Nikmatmu memang begitu indah rupanya..

Hartamu membuat orang tergila-gila..

Pangkat dan jawatan dikejar sentiasa..

sanggup berbuat apa saja demi mendapatkannya,..

Sehingga terlupa akhirat disana…

Tak peduli lagi dosa dan balasannya..


Apa kita lupa…

Atau sengaja berbuat lupa…

Kereta dan rumah hanya sementara…

Harta dan wang ringggit tak kan sampai kemana..

Iman dan taqwa jugalah bekalan paling sempurna

Bekalan mengiringi bertemu sang pencipta..

Bekalan yang dibawa bersama kain kafan nantinya..

Bekalan yang melindungi dari seksa api neraka……

13 Jan 2011

keluh kesah..........



Jam yang tergantung di dinding kamarku sudah menunjukkan angka jam 12 malam… ya jam 12 lebih.. tepatnya jam 12.02 malam..di Malaysia pasti jam 1.02.. mata tak mengantuk lagi. Masih celik layaknya mata disiang hari.. mungkin kerana aku sendiri sudah terbiasa tidur lewat.. Atau mungkin juga effect kafein dari segelas kopi kapal api yang aku hirup petang tadi masih ligat beraksi mengaktifkan neuron-neuron diotakku sehingga aku masih segar sehingga sekarang..

Malam ini begitu hening…. Ya terasa hening sekali… suara orang-orang yang menjajakan nasi goreng maupun sate sudah tidak kedengaran… senyap sunyi. Kalau malam-malam sebelum ini hujan turun untuk menemani, tapi malam ini tidak… tenang.. hanya suara kicau burung yang sesekali kedengaran. Tapi ketenangan malam langsung tidak dapat menenangkan hatiku. Keheningan malam langsung tidak dapat menceriakan sanubariku… entah kenapa..sejak beberapa hari ini ketenangan hati dan pikiranku telah direnggut.. yang ada hanya perasaan kosong dan sepi bercampur aduk dengan gelisah dan keliru…

Aku rindukan rumah??? Rindukan keluarga??? Rindukan kawan-kawan lama???.... atau mungkin aku stress dengan jadual kuliah yang padat??.. atau sebab result yang aku terima baru-baru ini sangat teruk… huhuhuu.. banyak persoalan yang aku sendiri tidak dapat menjawabnya.. kusut.. sangat kusut.. belajar pun tak dapat fokus.. kuliah dari jam 7.30 pagi hingga jam 4.00 petang aku rasakan bosan.. sangat bosan... kalau ikutkan hati mau saja aku melarikan diri seketika dari kesibukan ini… yaa.. aku mau lariii… tapi apakan daya.. tanggungjawab sebagai student harus aku lunasi.. elaun MARA yang aku gunakan sehari-hari harus aku bayar dengan belajar untuk dapat keputusan cemerlang… tapi aku tertekannn… hohohohho…………….

Pernah aku menyesal kerana memilih jurusan perubatan ini… menyesal… Ya Allah maafkan aku kerana menjadi hambamu yang tak bersyukur… aku tahu ini adalah jalan terbaik yang engkau tunjukkan kepadaku…huhuhuh…. Dulu sebelum melangkah ke bumi jakarta ini aku sempat menjadi mahasiswa Universiti Sains Malaysia… jurusan Sains dengan pendidikan…. Ya.. menjadi guru merupakan salah satu cita-citaku selain menjadi doktor… sempat juga kuliah beberapa minggu… seronok.. memang seronok kehidupan universiti di Malaysia… disini… huh.. macam pelajar sekolah menengah….tak banyak berbeza.. tapi ya sudahlah.. ini jalan yang aku pilih… aku mesti meneruskan perjuangan… semangatttt….

Kawan-kawanku yang sudah tahun akhir… semoga kamu semua berjaya.. tak lama lagi aku akan melihat kamu mendapatkan segulung ijazah… yup… aku jelous… sangat jelous…huhuhu…. Ada yang sedang sibuk dengan final year project… aku..hahahaha…. masih terkapai-kapai… kuliahku masih berbaki beberapa semester untuk menghabiskan belajar teori… kemudian akan menjalani clinical di sini.. lamaaaaaaaaa…… masih bgitu jauhhhhh…… huhuhu…. Ya Allah kuatkan aku……

12 Jan 2011

aku si pemalas...

malam ni malas update panjang2....... jd ambil inisiatif buat entry bergambar...hehe... kalau aku punya malas datang memang x boleh buat kerja... study pun x boleh...hoho... padahal result exam makin teruk.. encik MARA jngn panggil ak sebab result teruk yaaaaaa...........hohoho.. takut2...blajar x mau tapi tiap bulan tunggu elaun masuk... kalau lambat masuk siap maki2 lagi...haha... betapa x bersyukurnya ak..huhuh...

ni lah antara gambar2 yg ak ada simpan..... gambar2 ni ambil time g melencong ke jogjakarta..


candi Parambanan 1


candi Parambanan 2


pantai Parngtritis.. ombak besar x boleh mandi..hehe

11 Jan 2011

masalah keperibadian????... masalah jiwa???

banyak masalah keperibadian yang terjadi disekeliling kita, tak kira kita menyedarinya atau tidak. ini adalah antara masalah2 keperibadian yg sering ditemukan:

Paranoid
hidup penuh dengan kecurigaan. sering curiga tak bertempat. muka tak pernah rileks, tegang 24 jam. Peka berlebihan terhadap penolakan dan kegagalan. sangat tersinggung bila orang mengatakan "tidak" kepadanya. suka simpan dendam. suka merasa ada orang bersekongkol untk menjatuhkannya. Pertahankan diri secara berlebihan misalnya takut kena rogol sampai pakai baju 10 lapisan.

schizoid
suka menyendiri sebab rasa lebih selesa. tak biasa bersosial dengan orang lain. kurang aktiviti yang dirasakan dapat membahagiakan dirinya. tak senang bila dekat dengan orang lain. perasaan ingin jatuh cinta dan keinginan seks juga kurang. juga tidak mempedulikan pujian ataupun kecaman orang lain. balik kuliah kunci pintu bilik. x berminat join aktiviti ngan kawan2.

Dissocial
tak mempedulikan perasaan orang lain. tak bertanggungjawab dan sering melanggar peraturan. cepat rasa stress dan bersifat agresif bila terjadi sesuatu yang tak sesuai kemahuan. tak pernah menerima kesalahan diri apalagi untuk belajar dari pengalaman. sentiasa menyalahkan orang lain atas apa yang terjadi. orang macm ni keluar masuk penjara pun x kan insaf2.

Histrionik
yg ni suka mengada-ngada dan suka tarik perhatian orang ramai sebab berasa puas bila diperhatikan. kalau pakaian suka yg seksi sampai menjolok mata. pentingkan daya tarik dan kecantikan diri. pendek kata terlalu mementingkan daya tarikan fisik. merasa diri sangat cantik dan menawan.

Anankastic
org mcm ni sentiasa mau yg perfect saja. terlalu berhati-hati dan teliti. segalanya harus detail, sesuai dengan peraturan, dan mengikut jadual. agak keras kepala dan selalu memaksakan orang lain mengikut kehendaknya. janji pukul 7.00 pagi mesti on time. lambat 1-2 minit janji dikira batal. kalau tengok rumah bersepah, pinggan mangkuk x cuci lagi memang x boleh tidur. sanggup berjaga dan baru boleh tidur bila rumah dah kemas dan pinggan mangkuk dah cuci.


10 Jan 2011

sahabat.. teman.. & kawan...

sahabat....
teman...
kawan....
sayangilah mereka...

sahabat itu anugerah..
anugerah yang tak ternilai harganya..
rugi kalau tak dijaga..
kerana penggantinya tak akan ada yang sama..
tak akan ada duanya...

teman suka, teman duka...
teman menangis, teman ketawa...
takkan pernah membiarkanmu bersendirian...
sentiasa menghulur tangan..
selalu menawar bantuan..
senyum diwajahmu mereka yang ukir..
tawa dibibirmu mereka yang lukis...
butir airmatamu mereka yang hapus....

kata orang..
banyak kawan waktu senang saja..
sukar berjumpa yang rela susah bersama..
tak kurang yang ambil kesempatan semata...
tapi semua itu jangan terlalu dikira..
tiap orang punya sifat berbeza..
tiap orang punya peribadi uniknya..
mau atau tidak harus kita terima..
terima dengan ikhlas dan hati terbuka...
walau rambut sama kerintingnya...
hati yang serupa takkan berjumpa..



sekadar hiasan : kenangan di jogjakarta

8 Jan 2011

kanak2 & baby2 riang

ak suka snap gambar... antara yg aku suka snap gambar pemandangan ngan gambar baby/budak2/kanak2..... ak x pro dalam fotografi .....fotografi pun x pro apatah lagi pornografi..hahaha... baru belajar fotografi ni...hehe... ak minat pun sebab tengok gambar2 yg kawan2 ak ambik... smart.... last2 ak pun mulalah berjinak2... ni lah antara gambar baby2 dan kanak2 yg ak ada =)









7 Jan 2011

Ban~donk

Bandung.... indonesia.... best gak jalan2 pg sini.... sejuk.... tapi yg paling best shopping..hehhe... factory outlet....agak murah...memang murah.. murah..murah.... hohoh...






6 Jan 2011

Gunung itu "gede"


Naik gunung then turun balik...... time mau naik letih gila....... mcm mau pingsan.... time turun siap boleh lari2 lagi...hoho... memang mcm tu kot kalau naik gunung......

Gunung gede ni letak kat puncak....Jawa barat... sejukkkkk gak tempat ni... lebih2 lagi time ktrng naik hari tu cuaca sangat kurang baik.... hujan turun then angin kencang.... ribut petir pun ada..hoho.. memang sejuk bangettt la...

memang lama ak x naik gunung ni... last kalau x silap time form 4... naik Gunung Kinabalu... tapi time tu x lah terasa letih sangat.. mungkin sebab ada buat persediaan... jogging... lari2... hehe.. itupun sebab cg Suruh.... tp kali ni jogging 2-3 kali saja... mana la ada stamina.... semputtttt.....hoho.. menyesal gak x jogging banyak2... padahal seminggu seblum naik gunung tu cuti seminggu.. time tu jugak la ak banyakkan makan dan tidur..haha...

tp apa2 pun naik gunung gede ni memang best..... yg sedihnya x dapat sampai puncak sebab angin kencang dan cuaca buruk.....hohoh... x pa la... lain kali coba lagi...huhuh...

ni lah antara yg sempat ak rakamkan time naik gunung..hehe:



yg gambar bawah ni kenangan time naik gunung kinabalu... tp gambar sangat kurang jelas ..








4 Jan 2011

Bayi ter"premature" & ter"kecil" lahir hidup...




Bayi premature yang lahir paling awal dan terkecil di dunia, Amillia Taylor, yang lahir pada usia kandungan 21 minggu dan enam hari, di salah sebuah Hospital di Miami. Lahir 24 Oktober 2006, Amillia Taylor beratnya hanya 280 gram (10 ons) dan ukuran panjang badan 240 cm (9,5 inci) sedikit lebih panjang daripada ballpoint pen. American Association of Pediatrics menunjukkan bahawa bayi yang lahir kurang dari usia 23 minggu dan berat 400 gram tidak dianggap layak (not considered viable). Amillia dibenarkan dibawa pulang kerumah setelah menghabiskan empat bulan di unit rawatan intensif neonatal (neonatal ntensive care unit), Baptist Children's Hospital di Miami

2 Jan 2011

Be "rafting-rafting" ke hulu...................

minggu lepas.. aku & kawan2 sekampus yang "seMalaysia" pg rafting di sungai Citarik di Sukabumi.... agak jauh jugak tempatnya..... jalan pun berliku-liku mcm ular... kalau d sabah macm jalan dekat2 ranau-kundasang.. tp yang ni lebih ular lagi... pemandangan cantik gak la...tapi sepanjang jalan ak tutup mata... sebab pening..hahaha... ak takut termuntah nanti.. sebab ak ni pemabuk kalau naik kereta.....hehe...

mengharungi sungai Citarik sepanjang 9Km lebih kurang selama sejam lebih memang best.. walaupun sungainya tak sedalam sungai Kinabatangan.. tapi ada gak tempat2 yg dalam... (x pernah pun mandi sg.kinabantangan... takut ada buaya..hehehe).... agak deras jugak la... kalau hanyut susah mau berenang...

ni lah antara gambar2 yg ada.. buanyakkkkkkkkkkk lg gambar.. beratus2... tp upload sikit2 saja lah.... gambar ni mahal tawukkkkk.... sekeping rp20ribu... kira2 dalm Rm6... tapi kitorg kali ni beruntung sebab beli 14 keping tp dapat beratus-ratus... (x yah la crita mcm mana boleh dpt free)..hehe....
















lepas rafting.. ktorg menuju ke puncak pulak utk hiking........... pasni la baru crita hiking ....dadadadaaaaaaaaaaaaaaaa....................................