27 Oct 2010

bila alam berbicara



Alam mulai berbicara lagi. mengingatkan manusia yang terus alpa dan leka mengejar pembangunan dan kemewahan sehingga tidak menyedari tangan-tangan mereka ini telah meosakkan keindahan alam ciptaan tuhan ini. Atau mungkin ini juga amaran dari Allah kepada umat manusia yang terus hidup bergelumang dengan noda dan dosa.

semalam banjir melanda kota metropolitan Jakarta dan sekitarnya. hujan lebih 3 jam sahaja sudah cukup untuk menenggelamkan jakarta dan melumpuhkan sistem lalulintasnya. belum lagi kedalaman air yang mencapai 2-3 meter yang meneggelamkan rumah penduduk. nasib baiklah rumah tempat aku tinggal ni tinggi sikit..

Gunung berapi di jogjakarta juga mulai meluahkan api kemarahannya. Petang tadi kepulan asap tebal bersama debu panas mulai memancut keluar. Penduduk sekitar lari menyelamatkan diri. dari kaca tv (live) terlihat suasana di Hospital yang kelam kabut membantu mangsa. kebanyakan mengalami sesak nafas karena terkena debu. Tidak kurang juga yang mengalami lukabakar dan kulit melecur kepanasan terkena "liur" gunung berapi yang dilaporkan mencapai suhu 500'C. setakat ini sudah 29 orang dilaporkan meninggal.



sumatera bergegar lagi. kalau dulu "gempa padang" kini gempa dengan kekuatan 7.2 scala Richter menggegar Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat. kali ini bukan gempa saja... tapi ditemani ombak tsunami setinggi 3 meter yang meranapkan rumah dan kehidupan penduduk. setakat ini disahkan 164 orang meninggal dunia dan beratus-ratus lagi masih hilang. Kisah duka Tsunami Aceh belum pulih sepenuhnya kini episod baru muncul lagi. semoga penduduk yang sedang diuji disana bersabar dan terus berdoa.


semoga kejadian-kejadian ini akan dapat menyedarkan aku untuk terus mendekatkan diri kepada Maha Pencipta. aku bersyukur setakat ini aku masih dilindungi dari bencana dahsyat seperti ini. Pernah juga sekali aku merasakan gegaran gempa disini. walau tidak terlalu kuat tapi sudah cukup membuatku panik dan lari keluar rumah menyelamatkan diri.... apalagi gempa 7.2 schala richter...... sama-samalah kita mendoakan saudara-saudara kita yang sedang meneruskan perjuangan hidup disana. mudah-mudahan mereka terus tabah menghadapi dugaan ini.......

0 comments:

Post a Comment